CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, July 18, 2011

Station 21, Bangsar

Assalamualaikum...

Aktiviti bulanan satu opis. Tapi kali ni ada Farah, Nazmi ng Rinel je...Zul dan yang lain-lain tak boleh join. Lps je keje pukul 5lebih, kami terus shoot dtg kedai makan Station 21 berdekatan dgn Bangsar Village. Dah beberapa kali dah kami makan kat sini. 1st time dtg makan Zul yang bwk. Sedap woo makanan dia. Semua western. 1st time dtg aku makan steak, nak lamb tapi lamb tak de lak masa tu. So, kali ni pergi aku order 'Grill Chicken with Mix gravy'. Aku pilih brown sauce + black pepper. Kombinasi yang kurang menarik sbb rasa brown sauce tu telah didominasi oleh black pepper. So pas ni minta mix mushroom + black pepper.

Pilihan Farah. Steak with mix gravy

Pilihan Nazmi, Steak jugak.

Pilihan aku dan rinel, Grill chicken

Yummehhh..sedap kan...:p

Memula ingat nak order pasta, tp pasta lum ready, so sediyyy...Next time baru nak try balik. Aku nye makanan kena RM17 wehhh..masa order tu aku tak perasan yang aku telah terorder side dish lebih..Adoii tak pasal je..Air pulak aku minta air kalamansi. Bolehlah tapi sedap lagi air kalamansi kat pasar JKR.huhuhu...Kalau nak g sini senang je. Tempat makan ni bebetul depan Bangsar Village II, bersebelahan dengan Masjid. Carilah kat situ. Dia ala-ala food court je bukan nye restoren okeh..:p.. Byk pilihan western kat sini.

Wednesday, July 13, 2011

Bread Pudding with Milk Sauce..

Assalamualaikum..:)

Semalam aku puasa ganti, yeay yeay, dah abis bayar. So, bolehlah aku senang hati bila dah abis ganti. Tgk pulak fb scroll punya scroll ternampak lak iluvislam tu post bread pudding (perghh menggoda nafsu dan gejolak makanan nehhh)..Pandai betui dia snap pic sampai aku tergoda nak buat mlm tu utk berbuka..So, tengahri turun Carrefour pi beli barang untuk buat puding roti...1st attempt tu..memula cam tak jadi je sbb malas nak pukul telur sampai kembang ---->mixer takde!! so kalau tak jadi mmg aku salahkan mixer la sbb takde..kehkeh..

So, 1st step : buat nak tunjuk step sgt pun, gitu-gitu jek..
Roti Gardenia yang telah direndam dgn susu segar Dutch Lady..
Pas dah rendam dalam setengah jam, pukul butter,gula castor,vanilla esen, telur dan tepung jagung. Memandangkan tangan aku dh lenguh sbb mixer takde, aku tak tunggu pun telur tu kembang, aku terus campur ng roti tu...dah ler berair menitis-nitis..kehkeh..

Pastu masuk loyang, terus masuk preheated oven. Sepatutnya dlm 1/2jam je, ni bila dh berair-air, jadinya 50minit ke satu jam baru jadi!Memula mmg dh pasrah tak jadi..hehehe..Alhamdulillah jadi, bile dah jadi barula buat milk sauce dia..

Tadaaaa, inilah rupe bila keluar dari oven...:)

Yummehhhh...Sedap woooo!
Yeay, akhirnya jadi. Ni lah 1st time aku makan puding roti setelah 25tahun aku hidup...kehkeh..Akak aku makan 2keping..sedaplah tu kan..So kalau aku rajin, mlm ni nak buat lagi..:p

Wednesday, July 6, 2011

Hasil Tabungan..

Assalamualaikum..:)

Sila fahami tajuk ye..hehehe..ni bukan tabungan nuffnang tau, tapi hasil tabungan sendiri selama 1/2 tahun kot..Malam tadi teringat nak kira duit tabung dlm tabung Chupa Chup ada berapa. So bila teringt je terus aku bukak tabung aku dgn jayanya sbb ketat dia nye tabung..sakit gak la jari jemari aku ni. Dah full dah tabung tu, berat pun semacam jek, hehehe.Tengoklah hasilnyeeee...Tadaaaa...

Ni la dia tabung Chupa Chup aku..hehehe

Tu dia hasil 1/2 tahun...rasa berbaloi tak??hehehe
So malam tadi pas je kira-kira berapa jumlah, tapi aku kira 20sen ng 50sen jela. Malas nak masuk 10sen ng 5sen tu.. Kira punya kira last-last aku malas, aku terus masuk plastik sbb kalau aku tak masuk siap-siap konfirm lupa nak bwk g kerja. 

Pagi tadi lepas je aku g site visit kat Sultan Salahuddin ng Bangi terus aku pergi CIMB. Siap bwk beg tgn bagai dah macam nak balik rumah lak bila bos pandang aku..hahaha...Memandangkan claim parking aku dah dpt, sekali la simpan terus. Kang kalau aku tak simpan konfirm habis begitu saja. Kekdg bukan shopping pun tapi habis kat makan je...Tak taula kenapa tekak ni asik nak makan jek...Adoii...

Sampai je CIMB terus aku ckp aku nak masuk duit syiling, pastu Encik tu kata boleh, tapi isi borang dulu nilai biarkan kosong, nnt dh kira baru tulis. Penuh senyuman aku masa tu sbb dah pukul 4 ingat ASB dah offline. Nasib baik boleh. So aku isi then amik nombor. 

Pastu, sambil tunggu org bank tu pi kira aku nye syiling, ape lagi dok melangut jela, nasib tak lama....Last2, dia pun bgtau aku jumlah dia RM93.50!!..Hahaha, simpan punya jenuh sampai setengah tahun dpt tu jek!!..hahaha..tp kira orait la tu...

Tu dia..Ceh siap disensored no dpn..mcm byk..hehehe
Hahaha..siap kena sensored ye no dpn tu sbb segan tak byk...hehehehe...semenjak dua nak kawen ni aku lebih gigih nak simpan duit. Kalau boleh nak simpan semua gaji yg ada..tapi apekan daya gaji cukup-cukup makan je...hehehe...Tapi Alhamdulillah masih mencukupi lagi, maybe berkat dari bagi kat mak tetiap bulan kot tanpa potongan walau aku sendiri kesempitan...So moral of the story -----> utk mendpt keberkatan silalah hulur-hulur kat mak anda walaupun sedikit..:)

Pasni nak penuhkan balik tabung ni..ermmmm misi mencari duit syiling bermula, kalau ada dlm kete tunang aku pun aku nak rembat gak,hehehe cik tunang sila halalkan yek..hehehe..SELAMAT MENABUNG!!

Sunday, July 3, 2011

Family Baru

Assalamualaikum...

11hb Mei 2011 aku dapat anak buah baru.Perempuan nama Airis Qisya. So, total semua anak-anak buah aku yang tercinta 17orang. 7orang lelaki 10orang perempuan. Ramai nye. Nampkanya tahun ni duit raya byk kena bagi ni. Takde potong pun, sbb rasa masih mampu lagi nak bagi. Lagipun setahun sekali je aku bagi wehh..Bukan setiap bulan pun.

Bukan si debab kiri tu, yang kanan tu yek..:)
Kihkih, comel tak anak-anak buah aku??semua kata ikut muka aku tang mana pun aku tak tau...:)...

Friday, July 1, 2011

Peristiwa Isra' Mikraj : Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t...:)


Dah lama tak buat entri sempena hari jumaat ni. Hari ni aku nak share sikitlah pasal peristiwa Isra' Mikraj, sbb aku baru je balik dari ceramah sempena bulan Rejab ni. Bulan Rejab je mesti org kaitkan dgn peristiwa Isra' Mikraj. Di mana Nabi Muhammad S.A.W mendapat mukjizat untuk naik ke langit dgn izin Allah. Semua peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kalau dgr cerita tu memang kagum. Tapi kalau kita fikir lebih-lebih tentang kekuasaan Allah ni, perghh memang boleh jadi gila. Kekadang aku sendiri pun terfikir kenapa itu?kenapa ini?macamana boleh jadi ini?macamana boleh jadi itu?paling yang aku tertanya-tanya, sbb nmpk depan mata kan...tu baby dalam kandungan..mcmana eh?itu kira oklah sbb ada penjelasan saintifik, tapi bila tgk baby keluar, macam-macam kekdg aku fikir. Kalau sape yang mmg tak kuat iman,rasa boleh terkeluar lah dari agama sbb fikir bende mcm tak logik, tapi semua tu BENAR! Kuasa Allah mmg takde sape dpt tandingi.

Ceramah start pukul 9pagi, memula tak ramai dtg, lepas 1/2 jam barulah mula penuh bilik tu. Ustaz tu dari JAWI, nama Ustaz Borhanuddin. Lawak jugaklah ustaz ni, sempoi...Cerita pasal Isra' Mikraj di mana Nabi di belah dadanya, lalu diambil hatinya dibuang yang hitam lalu di cantumkan semula oleh Jibril dengan perintah Allah. Selepas pembedahan tu barulah bermula Isra dan Mikraj. Isra adalah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki binatang Buraq dalam perjalanan yang sungguh luar biasa sambil ditemani oleh Jibril AS dan Israfil AS. Dalam perjalanan itulah baginda dapat meyaksikan bermacam-macam peristiwa dan simbolik. 

Dalam perjalanan itu jugak baginda kena ganggu dgn jin Ifrit, bak kata Ustaz tu td, kira jin yang paling degil la. Antara peristiwa yang ajaib yang disaksikan oleh baginda antaranya: kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai, apabila tuai je, tumbuh lagi sebanyak 700kali. jibril berkata 'Itulah kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan sebyk 700kali ganda. 

Lagi, tempat yang berbau harum. Nabi di beritahu oleh Jibril AS bahawa itu adalah kubur Marsyita. Marsyitah adalah tukang sisir rambut anak Firaun. Masa Marsyitah tu tengah sisir rambut anak firaun tu dia ada sebut Allah, so anak Firaun tu tanya ada lagi Tuhan selain Firaun. Marsyitah tanpa getar dia pun ckp ada iaitu Allah. Pastu anak firaun tu bgtau Firaun, dasar anak Firaun suka mengadu domba hehehe, maka murkalah Firaun lalu mahu mencampakkan ke dlm minyak yang panas. Sebelum tu Marsyitah amik anak dia, tapi kesian tgk bayi dia, tetiba dengan izin Allah bayi tu boleh berckp untuk menguatkan iman ibunya. Subhanallah.

Lepas tu Nabi jumpa orang yang memecahkan kepala, setiap kali pecah, pastu sembuh,pastu diorang pecahkan lagi. Itulah orang yang berat untuk sujud. Then, jumpa lak sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Kena dihalau macam binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Jalan lagi jumpa lagi satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Pastu nampak lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lepas tu jumpa lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.Next Rasulullah saw jumpa lak satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Then kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Jalan lagi jumpa lak seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Nak masuk balik lubang tu tapi tak boleh. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Lepas tu dtg pulak seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Pastu jumpa lak seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Pastu Rasulullah saw pun tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Selepas tu, didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". So rajin-rajinkanlah lidah korang tu untuk berzikir mengingati Allah.:))

Lepas tu ustaz tu ada ckp pasal batu terapung di Masjidil Aqsa. Batu tu boleh terapung tanpa ada sebarang penyokong. Besar batu tu jika berdiri dibawahnya boleh memuatkan 30 orang untuk solat. Ada kisah yang mengatakan seorang perempuan mengandung terus gugur kandungannya sebab terperanjat sgt tgk. Tapi lepas tu diorang bina la tiang dibawahnya dan batu ini betul2 terletak dia Masjidil Aqsa. Korang tengoklah link ni.. Memang kagum!.Klik sini. Inilah tanda kebesaran Allh s.w.t...Subhanallah. Pastu korang klik sini untuk lihat secara 360darjah punya pandangan..Allahuakbar..Kerdilnya aku ini di muka bumi Mu. Byk kerosakan yang aku dh buat kat muka bumi ni. Ampunkan aku Ya Allah..:(..

INI PALSU!!! Adobe photoshop ni. Jangan percaya!
INI YANG BETUL!!

Cerita Isra' Mikraj ni aku ambil dari sumber dari sini. selain dari kisah yang aku dengar dari Ustaz tu tadi. So sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah ini. Sila klik link yang aku bagi tadi untuk lebih lanjut ye.

R.I.N.D.U

Assalamualaikum, :)

Short entry...Aku dah mula start rindu giler punye kat tunang. Last month ada gak mcm ni, tp dia reda jap... Pastu ni memuncak-muncak balik kerinduan ni, adoiiii...Rasa nak je beli tix pergi sarawak. Dapat tgk muka dia jadila..Huhuhu...

Thursday, June 30, 2011

Happy Thursday : Wedding

Assalamualaikum..:)

Di hari khamis ni tetiba terfikir lak nak cerita pasal kekawan aku yang dah kawen...Semua member-member baik aku masa kat UITM. Kitorang formed satu study group. Kami ni 2minggu nak exam baru lah kami terhegeh-hegeh nak study. Takde der nak study awal-awal. Awal-awal sem semua huhahuha. Dah nak exam barulah masing-masing struggle study. Memang dari pagi sampai malam la kami duduk kat blok untuk study. Tapi kami study takdelah teruk sgt, masa study still lagi huhahuha...Pagi dtg kul 9-10pagi, kekdg paling awal kul 8 pagi sbb nak kena rebut bilik, biasalah nak exam ramai yang study kat blok. Kekdg ada satu bilik 2org je tu pun couple. Kalau dah penuh sgt, baru kitorang dgn muka tak tau malu masuk minta izin dulu, memula masuk 2-3 orang je, pastu mula lah 6-10orang, bila dah ramai tu barulah boleh buat mcm bilik tu kami yang jumpa dulu kan. So, konfirm-konfirm yang couple tadi menyampah then blah...hahaha..itu la tujuan kami mmg nak suh diorang blah pun sbb kami study bukan nye senyap, study pun bising tau..hehehe...

So, dalam group kami yang paling awal kawen ialah Ali. Habis je degree tak lama pastu dia terus kawen. Lagipun Ali mmg lagi tua dari kitorang so mmg patutla ko kawen dulu li, takdelah langkah bendul kan...hehehe. Sekarang ni isteri Ali, Amira dah pun pregnant mungkin 7 bulan kot..Alhamdulillah rezeki. Ali ni keje Oil&Gas kat Johor.

Sebahagian kekwn UITM yang dtg..

Ali & Amira..:)
2nd yang kawen dlm grup kitorang, Fadli Shah dan Fiza. Fiza tu housemate aku, ct n ain. Ni baru lagi menikmati alam perkahwinan. Baru sebulan rasanya. Yela masa aku tunang tu sama dgn majlis belah Shah. Ni masa kawen Mot tak dpt jumpa sbb diorang pi hornymoon. Hehehe..so tak tau la ape perkembangan diorang. Shah keje dgn Sime Darby, Fiza lak keje ng Karangkraf..

Shah & Fiza..Pacak sebok la kau..hehe

Shah &Fiza
 3rd kawen ialah Mot & Sya. Sya ni batch bwh kitorang tp sebaya. Happening la diorang ni. Sorang kurus, sorang berisi tapi bukan gemuk okeh. Maybe sbb yg lelaki tu kurus keding kot tu yang nmpk Sya berisi.hehehe..Ni pun baru kawen 17hb Jun ritu. Masih baru lagi. Aku pegi belah Sya, sbb belah Mot mungkin tak dpt pegi. Masa ni ramai gak member group yang aku jumpa, Ct, Bun, Pacak, Aizat, Zach. Yang kekadang dtg study ng kitorang ada jugak mcm Marsh, Awe, Mujib n etc...Gosip-gosip la kan sbb dah lama giler tak jumpa wehhh, dari start konvo lepas tu dah susah gile nak jumpa. So ada majlis kawen ni at least dptla merapatkan hubungan kitorang. Ada jugak yang dah tunang ------> Aku ng Zach je pun yg dah tunang. Yang lain ermmm entahler...hehehe

Ni Mot & Sya...so sweet!

Mengambil kesempatan utk kenangan, Ct, Mot, Sya, Aku..:)
Marsh, Ct, Bun, Pacak, Aizat, Aku...:)

Zach, Bun,Aizat,Pacak dalam karoake jamban..hehe

Yang tgh minum air tu Syahir, ni kawan masa diploma tapi rapat..
And CT!!!!My bff.
 Persoalan, WHO'S NEXT?????
Tapi semua dah tau dah pasni confirm giliran Pah ----> panggilan utk Hudzaifah..Dia keje kat private tak igt lak nama company tapi Oil&gas gak kot..

Ni dia bakal pengantin...

Masa ni Pah tgh praktikal kat Deutchland!!!

 Pastu tak tau la..hehehe...kemungkinan diorang ni kot!!...


.
..
...
....
.....
.....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
................
.................
..................
................
..............
.............
............
..........
........
......
.....
....
...
..
.

Yeay!!!!It's US!!wee..ensem sayang saya ni..:)

Ni jalan-jalan kat Kota Keriangan..:)
Hehehe...Insyallah kalau takde aral melintang dan membujur, semua smooth je kami kawen la...Weeee, tak sabar!!:)..Love u sayang...

Oh, lupa lak lagi sorang...Zaha Adli dan Dangmerduwangi!!..Dah citer pasal diri sendiri lupa lak lagi sorang ni..hehehe..Zach tgh sambung nak jadi pilot, Dang pulak keje sebagai Finance Exec kat Petlin company under Petronas..

Here they are!!

Cantik dan hensem!Sama padan..:)
 Ok...Begitulah kronologinye..ada lagi, tapi malas la nak masukkan semua..hehehe...:)..Enjoice!

Wednesday, June 29, 2011

Budget 2012

Salam,

Sekarang ni nak mula buat budget kawen. Sebab rasa mcm dah tak lama je next year tu kan. Kalau bilang hari mmg rasa lama, tapi celik mata tutup mata konfirm rasa sekejap. Walaupun cik abang aku ckp lama lagi, isk pada aku byk sgt nak kena rancang. Semua kena fikir bebetul. Taknak jadi kes kwn aku, tempah last minute dah tak dpt ape yg dia nak. Ambil je ape yang ada. Huhuhu..takmo takmo...

Benda-benda penting yang nak kena booking awal contohnya andaman, photographer, kanopi, kad kawen. Tapi memandangkan tarikh pun lom dpt konfirmkan lagi, so diamkan aje dulu. Yang penting tarikh tu, sbb buat majlis kat kampung so mmg kena booking awal (kampung kecik,so takleh nak buat 2-3 majlis serentak). Tu sebab kena booking tarikh awal-awal. Kang org lain dh masuk slot yg kita nak tu, dah kene cari tarikh lain. Mak pulak taknak cuti sekolah tp tu kira tak de hal lah. Pastu nak majlis langsung hari ahad, taknak sabtu sbb katanya senang family arwah abah ng family dia nak dtg rumah. So, kira itu tak kisahlah.

Kalau andaman, mungkin 6 bulan awal sebelum majlis dah kena tempah. Takut fully booked pulak. Ni budget dalam RM2k. Photographer pun sama jugak, tapi ni nasib ramai kekwn yang ada buat bende alah ni. Tinggal survey harga je dulu. Ni pun budget dalam RM2k je..

Kanopi dan masak memasak semua mak settle kan. Goodies bag pulak nnt cari ng mak sesama. Tak tau lagi nak bagi ape..Lom finalize lagi barang yang nak di beri.

Kad kawen, bunting and etc lak kena tempah 2bulan awal sbb tempahan je dah 2weeks, pastu nak edar kat org lagi tu pun dh makan sebulan gak tu. Ni budget murah. Aku nak amik kad yang 30sen sekeping je. Takyah memahal sbb last masuk tong sampah gak. Janji nmpk nama, alamat ng peta.Hehehe..Ni budget dlm 3ratus utk 1000keping.

Ok, lagi ape ek yang penting??ermm, buat masa ni aku fikir semua nak DIY. Dari kad kawen sampaila ke goodies. Tapi kalau nak buat sendiri semua kena mula dari skrg!!!...hahahaha...Adakah aku termampu??ngeeee...Kita tgk jela nnt ye...Susah jugak kalau En.Sayang jejauh ni. Nak merancang pun susah.Adehhhh...Cepatla balik sayang...

Friday, June 24, 2011

Cinta

jangan cinta kerana dia lelaki..
                                                              kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..
jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..
jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa.
jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..
wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..

isteri yang baik besar balasan..
                                                          suami penyabar itulah kemenangan..

p/s:: abang,love u much!

Thursday, June 23, 2011

Wedding Dais

Hye,

Cerita pasal baju sudah, kali ni pasal pelamin pulak...Dah survey-survey kat blog sana blog sini, so dptlah idea sikit..Nak pelamin macamana. Nak simple tp sgt menarik..Hehehe..Macamana tu?

Rasa-rasa muat tak umah aku??mungkin kena kurangkan tiang...hehee



Cantik kan..:)
Tapi ni semua buat masa ni je dulu..nak kena tgk budget jugak..huhuhu...Aku budget ciput tp nak grand, mcmana??hahaha...Takpe kalau tak dpt yg mcm ni, tak kisah pun...Dlm angan-angan je la...hehehe...

Monday, June 13, 2011

My Dream Wedding Dress

Salam,

Semenjak dua menjak nak kawen ni..ceh lama lagi kot tahun dpn tp aku dah sibuk-sibuk usha baju kawen sana sini. So adalah beberapa pasang baju yang telah 'menangkap' mataku ni...Aku suka dress labuh, takmo la yg mcm pattern skrg ni, ramai suka amik yg baju beading yang dari indon tu, aih tak minat la... Aku minat yang mcm ni...

Ini yang paling aku suka..
Gambar ihsan : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com

Ini pun cantek..
Gambar ihsan : http://zaifiezainal.blogspot.com
Ini pun sama..:)
Gambar ihsan : seperti gambar 1st..
 Tapi yang paling aku berkenan yang first tu...Ai, nampak tak ketidaksabaran aku ni...hehehe...Hopefully nanti dapatlah cari butik yang ada baju mcm tu, ala-ala gitu la...Sbb suka tgk perincian kat dada baju tu...Takyah aku nak pakai korset bagai...:p..

Tapi ini just perancangan awal, mungkin akan berubah mengikut peredaran masa, kot tahun dpn nye fesyen dah lain ke...hehehe..Tapi takkan nak kawen bulan 3 tahun dpn, bulan satu baru terhegeh2 nak cari kan...isk isk...tak sempat tak sempat...Ini andaian saje kawen bulan 3...hehehe..Ni takleh nak cerita lebih sbb tu tgk ticker kat tepi tu baru 2weeks and 1day kitorang tunang. Tapi aku ni biasalah excited lebih kan. Nak jugak ada tarikh kawen cpt2 supaya senang aku nak book itu ini, (kalau tak nnt harga naik)...Papepun, sila tunggu en.Tunang balik dari Sarawak baru boleh bincang dgn aman. Dia balik dari Sarawak takde tarikh gak, mmg siaplah..(mesti dia dah tau ape aku nak buat ng dia, hehehe)...

Papepun, kena tanya jugak tunang aku yg tercinta tu, tapi rasanya dia mesti kata 'cantik!', tu pun kalau warna dia kena ng mata dia...Kalau tak kena pun dia mesti kata 'cantik! tp warna dia terang sgtla sayang, saya suka warna lembut-lembut je utk kawen ng nikah'...hehehe..Dari segi warna pulak, aku pun utk kawen mmg nak warna lelembut je mcm light peach, cream, mocha, off-white, light purple ke... Senang cerita warna-warna lembut lah...

Untuk pelamin lak, tunggu next entri...Stay tuned!

Friday, June 10, 2011

kenapa bila menangis sakit kepala??

Hye,

Korang, aku nak tanya la..pernah tak korang sakit kepala bila lps nangis??Sbb aku mengalami la masalah itu. Bila aku stress out ke menangis ke even sekejap, mesti aku akan rasa sakit kepala..Dulu pernah bbrp kali aku menangis sampai aku sakit kepala jenis nak demam punya..Perrghh first time la masa tu..Mungkin aku stress sgt kot masa tu..Mengalami tekanan dari pihak keluarga sendiri serta masalah dalaman diri, sbb aku ni jenis susah gak nak meluahkan perasaan tak puas hati@marah@kecik hati@terasa sana sini demi menjaga perasaan orang lain nak nak family sendiri atau org yg terdekat ng jiwa aku ni. Maksudnya, taknak orang lain terluka..Biarlah aku yang sakit sendiri...Tp kan itu lah yg mendtgkan masalah...Dulu masa aku kerja kat Seremban itulah masa paling stress aku rasakan, sbb aku tak enjoy.Mmg dah rasa depressed masa tu..Boleh sakit jiwa..Nasib JKR menyelamatkan aku..Masa tu bersyukur sangat...

Ataupun masalah ni adalah masalah biasa..Maknanya mmg akan sakit kepala bila menangis, yang aku tau bila nangis mesti ngantuk...Ok, sambung next entri.. Goodnite..:)

p/s: hanyalah persoalan, tiada melibatkan sesiapa...

Abang, maafkan saya...

To my lovely fiance,

Abang,
Maafkan saya...
Terlalu banyak karenah yang menguji perasaan abg,
Terlalu banyak menyusahkan kehidupan abg,
Terlalu banyak maaf tidak terucap,
Terlalu banyak janji tidak ditepati,
Terlalu banyak untuk diperbaiki...

Abang,
Maafkan saya...
Kerana saya amat menyayangimu,
Kerana saya tidak boleh hidup tanpamu,
Kerana saya tidak sempurna untukmu,
Kerana saya terlalu lemah tanpamu,

Abang,
Janganlah saya di banding-bandingkan dengan sesiapa pun hatta bekas kekasih abang sekalipun,
Janganlah saya dipandang rendah utk kelemahan saya,
Janganlah saya dipandang terlalu tinggi utk setiap kelebihan yang saya ada,
Kerana saya adalah saya, seorang insan biasa...

Abang, ketahuilah olehmu...
Saya adalah seorang yang sensitif perasaannya,
Saya adalah seorang yang mudah marah,
Saya adalah seorang yang sangat lurus,
Saya adalah seorang yang lembut di dalam hatinya,
Saya adalah seorang yang pelupa (oppsss, selalu kena marahkan dgn abg..:))
Saya adalah seorang yang kuat menangis...:)

Abang,
Siapa pun saya, diharap saya diterima dengan seikhlas hati, diterima seadanya saya, dilindungi dan disayangi oleh abang.
Janganlah nnt diungkit apa sahaja kisah silam saya,
Janganlah nnt abang merungut dengan keadaan saya,
Janganlah nnt abang merasa saya menyusahkan abang walau sekelumit pun,
Janganlah saya dimarah, dipukul atau diherdik atas setiap kesalahan yang saya lakukan tetapi cukuplah dengan nasihat dan teguran kerana itu lebih berkesan untuk saya.

Abang,
Maafkan saya,
Maafkan saya,
Maafkan saya,
Maafkan saya......I LOVE U..

p/s: ini luahan dari hati saya ni...Wah,terasa jiwang la pulok aku ni..kihkih....

Thursday, June 9, 2011

For my love...

Beautiful words for the love ones,

No one can go back and make a new brand new start, anyone can start from now and make a brand new ending. God didn't promise days without pain laughter without sorrow, sun without rain, but HE did promise strength for the day, comfort for the tears and light for the way, disappointments are like road humps, they slow u down a bit but u enjoy the smooth road afterwards, don't stay on the humps for too long, move on! When u feel down bcoz u didn't get what u want, just sit tight and be happy bcoz God is thinking of something better to give to u. 

When something happens to u good or bad, consider what it means. There's purpose to life's events, to teach u how to laugh more or not to cry too hard. U can't make someone love u, all u can do is to be someone who can be loved, the rest is up to the person to realise ur worth. The measure of love is when u love without measure, in life there are very rare chances that u'll meet the person tht u love n loves u in return. So once u have it, don't EVER let go, the chance might never come ur way again. It's better to lose ur pride to the one u love than to lose the one u love bcoz of pride. We spend too much time looking for the right person to love or finding fault with those we already love, when instead we should be perfecting the love we give.

When u truly care for someone, u don't look for faults, u don't look for answers, u don't look for mistakes, instead u FIGHT the mistakes, u accept the faults and u overlook the excuses. Never abandon an old friend, u'll never find one who can take his place. <3<3<3

p/s : abang, i love u...:)

Tuesday, June 7, 2011

Warkah utk Bakal Suami ku....

Assalamualaikum... 
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..
Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang sehebat Khadijah, bukan secantik Zulaikha, bukan seteguh cinta kasih Hawa utk Adam..
Adakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku,ketua keluargaku serta ayah kepada anak-anakku nanti..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.. Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Yusuf dan seteguh Adam. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
“keluarga yang soleh bermula dari hubungan yang suci”
Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘sms’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah solat sunat taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?
Tettttt..... warkah yang kat atas ni bukan aku yg tulis tapi hasil copy dari satu laman yang tidak pula aku igt. Kalau penulis tersebut ada membacanya sila tinggalkan link ye..Aku idok ler pandai bebenor nak menulis begini dgn puitis, hehehe...Tapi penulis sebelum ni lelaki, warkah ini ditulis utk bakal isterinya, aku just ubah sikit la, potong sana sikit, sini sikit, nak samakan dgn gen penulis kan. Aku kan perempuan...hehehe..Harap di ambil la sebagai iktibar dan pengajaran... Eh, yeke??ahh bolehlah...
 
 

Monday, June 6, 2011

My Wish List 2011

Wishlist ni kalau tak dpt disempurnakan tahun ni, kita teruskan wishlist yang sama utk tahun depan...:)

 1) Galaxy Tab/ Ipad 2 ------> memana pun boleh, :)
 2) Mac Book Air ---------> dari dulu mmg nak sgt
 3) Jam Tangan ----->Titus pun ok
 4) Beg tangan Coach ------>yang ori ok, yang imitation takmo
 5) Sunglasses from Coach -------> dari tahun lps asik duk usha je kat butik, belinye idok...
6) Bercuti di pulau -----> memana pulau pun ok, jgn Pulau Besar Melaka dah..

Ermm cukup la dulu wishlist, ada lagi tapi takleh pk lak...Yang semestinya yang no.1 tu ialah yang paling dikehendaki pada waktu skrg ni. Kat DIGI ada offer harga paling murah, tp tertelan gak air liur den ni...Lagipun dah niat nak simpan duit tuk kawen. Mengikut perkiraan 5rat sebulan, kalau 8bulan baru 4k!!Aiyarkkk, cukupkah??Tapi mana tau ada rezeki terpijak ke kan....Amin, rezeki nak kawen. Yang paling penting setiap kali solat mesti aku doa kami ni murah rezeki supaya dpt cepat halalkan hubungan. Jgn pk bebukan ok bila aku ckp 'halal' tu...Maksud aku halal dari semua segila..Bila pandang muka dpt pahala, buat ape2 yang baik utk suami pun dapat pahala..Kan best tuh...Bila dah kawen, baru lah tenang dan complete hidup ni..:))

p/s: eh, awak yang baca ni hensem lah, galaxy tab satu eh...=)

Sunday, June 5, 2011

Interview Tutor di UTHM..

Lepas je majlis tunang 29Mei 2011 tu, esoknya aku dipanggil utk interview sebagai tutor di UTHM..Sepatutnya kena datang 27Mei, tp masa tu aku outstation kat Penang lak. So dapatlah postponed ke hari Isnin. Panggilan interview yang sgt mengejutkan, dah la tak prepare pape sbb tgh sibuk nak prepare utk majlis tunang lagi. Tapi pergi dgn tabah jela kan, ada rezeki dapatlah. Takde rezeki stay jela kat JKR tu..

Aku gerak dari rumah pukul 10.30pagi, sampai UTHM pukul 1.00tghari..kelam kabut pi cari tempat utk print. Tak jumpa pulak sepjg jalan ke Batu Pahat tu, pelik betullah. Last2, pergi print kat library UTHM. Nasib baik lah ada. Pastu aku sampai kat blok A4, pukul 2pm aku masuk, tgk ada seorang lelaki nak interview jugak...Aku dpt giliran ke 5. Nasib naik awal, kalau lambat confirm aku no belakang2. Adalah dlm 15 org interview...Semua aku tanya semua tgh sambung master la PHD la..aku je yang masih degree lagi..huhu.

Masuk dalam bincang mesyuarat tu ada 3panel. Risau jugak, tp bila calon yang sebelum aku semua kata ok, boleh gelak2, so nebes aku pun kurang la sikit..

Masuk je

Panel : BM awak berapa?
Aku : A1
Panel : English?
Aku : 4B
Panel : Oklah, kalau mcm tu, kita interview dlm english la ye...(pastu gelak)
Aku : Baik.

Pastu diorang mula lah interview aku, memula mcm biasa lah, tanya pasal diri, semua la kan...Pastu ada lah tanya pasal isu semasa. Aku rasa mcm gelak je byk. Takdelah serius sgt mcm interview kat UTEM. UTEM interview giler serius panel dia. Aku terus blank jadinya, tu yang tak dpt tu...hahaha....

Pape pun, aku tak meletakkan harapan yang tinggi la kat UTHM ni walaupun aku mmg berhajat nak jadi lecturer kan.. Bak kata omputih ' Engineer is my ambition, but Lecturing is my passion'...Kata-kata aku tu, rasa-rasa leh dpt tak??hahaha.. Abis interview pukul 4petang, sampai rumah pukul 6.00ptg. Sempat lah aku balik rumah dulu sbb igt nak balik KL terus.

I'Allah ada rezeki, dapatlah UTHM, lagipun kat sana aku tak kisah, sbb kawan aku pun ada kat sana, tunang aku pun org Batu Pahat..So, memana pun boleh...:)

Doa-doa lah ye aku dapat..Amin...:)

Friday, June 3, 2011

29 Mei 2011

Senyum dulu baru baca yek..hehee....29 Mei 2011 tu tarikh tunang aku....Eh, dah jadi tunangan orang dah aku ni, tak dapekla den nak menggatal sana sini lagi..hehehehe....Alhamdulillah...
Let's the pic do the talk k...

nilah hasilnye hantaran yang dibuat sendiri....huhu
sebelah kita tu mak kita tau..yang baju hijau makcik tunang kita..:)
chantek tak??hahaha..soalan nak kena lempang je...
tu pulak mak kita ng future mom in law kita..wewittt
Ahh, cukup la tuh gambar ni je yg ade dlm aku ada...lain semua kat kamera sesapa ntah. Sebab blackberry malfunction..huhuhu...n last ni gambar tunang aku yang tersayang...

love u sayang..:)

Itu saje lah yang mampu di beri..hehehe...Tunang aku takde masa majlis tu..so takde la gambar berdua hari itu..Sekian...:))

P/s: hopefully hubungan ini diredhai dan kekal buat selamanya..InsyaAllah...

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

1st of all, aku nak ucapkan Alhamdulillah ke hadrat Illahi sbb majlis pertunangan aku berjalan dgn lancar. Majlis bermula pada pukul 12tghari sehingga la pukul 2pm (belah laki dah balik pun masa ni). Mak andam dtg make up pukul 10lebiy, sementara menunggu mak andam dtg aku sempat mandi 2x disebabkan cuaca panas, biasalah aku ni tak boleh panas sikit, nnt muka aku sensitif. Pastu dah sudah make-up dlm sejam jugaklah dia tepek muka aku ni dgn bedak, hehe...Pastu menunggu pulak pihak lelaki, terlelap la jugak.

Sampai je pihak lelaki, so diorang pun pung pang pung pang bincang, aku pun keluar nak sarung cincin. Menggigil jugaklah. Biasalah nebes...hehehe...Pastu dah abis sesi bergambar pulak, pastu makan...

Menu pada hari itu adalah Asam pedas kepala ikan, perghh sedap sehingga menjilat jari wehhh..Hahaha, pastu udang masak lemak dgn nenas, ayam kicap dan sayur...Aku makan sikit je konon control la tuuuu...hahahaha....

Gambar nnt next entri aku letak...hehehe...sila bersabar...:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails