CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 29, 2011

Budget 2012

Salam,

Sekarang ni nak mula buat budget kawen. Sebab rasa mcm dah tak lama je next year tu kan. Kalau bilang hari mmg rasa lama, tapi celik mata tutup mata konfirm rasa sekejap. Walaupun cik abang aku ckp lama lagi, isk pada aku byk sgt nak kena rancang. Semua kena fikir bebetul. Taknak jadi kes kwn aku, tempah last minute dah tak dpt ape yg dia nak. Ambil je ape yang ada. Huhuhu..takmo takmo...

Benda-benda penting yang nak kena booking awal contohnya andaman, photographer, kanopi, kad kawen. Tapi memandangkan tarikh pun lom dpt konfirmkan lagi, so diamkan aje dulu. Yang penting tarikh tu, sbb buat majlis kat kampung so mmg kena booking awal (kampung kecik,so takleh nak buat 2-3 majlis serentak). Tu sebab kena booking tarikh awal-awal. Kang org lain dh masuk slot yg kita nak tu, dah kene cari tarikh lain. Mak pulak taknak cuti sekolah tp tu kira tak de hal lah. Pastu nak majlis langsung hari ahad, taknak sabtu sbb katanya senang family arwah abah ng family dia nak dtg rumah. So, kira itu tak kisahlah.

Kalau andaman, mungkin 6 bulan awal sebelum majlis dah kena tempah. Takut fully booked pulak. Ni budget dalam RM2k. Photographer pun sama jugak, tapi ni nasib ramai kekwn yang ada buat bende alah ni. Tinggal survey harga je dulu. Ni pun budget dalam RM2k je..

Kanopi dan masak memasak semua mak settle kan. Goodies bag pulak nnt cari ng mak sesama. Tak tau lagi nak bagi ape..Lom finalize lagi barang yang nak di beri.

Kad kawen, bunting and etc lak kena tempah 2bulan awal sbb tempahan je dah 2weeks, pastu nak edar kat org lagi tu pun dh makan sebulan gak tu. Ni budget murah. Aku nak amik kad yang 30sen sekeping je. Takyah memahal sbb last masuk tong sampah gak. Janji nmpk nama, alamat ng peta.Hehehe..Ni budget dlm 3ratus utk 1000keping.

Ok, lagi ape ek yang penting??ermm, buat masa ni aku fikir semua nak DIY. Dari kad kawen sampaila ke goodies. Tapi kalau nak buat sendiri semua kena mula dari skrg!!!...hahahaha...Adakah aku termampu??ngeeee...Kita tgk jela nnt ye...Susah jugak kalau En.Sayang jejauh ni. Nak merancang pun susah.Adehhhh...Cepatla balik sayang...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails