Lepas je majlis tunang 29Mei 2011 tu, esoknya aku dipanggil utk interview sebagai tutor di UTHM..Sepatutnya kena datang 27Mei, tp masa tu aku outstation kat Penang lak. So dapatlah postponed ke hari Isnin. Panggilan interview yang sgt mengejutkan, dah la tak prepare pape sbb tgh sibuk nak prepare utk majlis tunang lagi. Tapi pergi dgn tabah jela kan, ada rezeki dapatlah. Takde rezeki stay jela kat JKR tu..
Aku gerak dari rumah pukul 10.30pagi, sampai UTHM pukul 1.00tghari..kelam kabut pi cari tempat utk print. Tak jumpa pulak sepjg jalan ke Batu Pahat tu, pelik betullah. Last2, pergi print kat library UTHM. Nasib baik lah ada. Pastu aku sampai kat blok A4, pukul 2pm aku masuk, tgk ada seorang lelaki nak interview jugak...Aku dpt giliran ke 5. Nasib naik awal, kalau lambat confirm aku no belakang2. Adalah dlm 15 org interview...Semua aku tanya semua tgh sambung master la PHD la..aku je yang masih degree lagi..huhu.
Masuk dalam bincang mesyuarat tu ada 3panel. Risau jugak, tp bila calon yang sebelum aku semua kata ok, boleh gelak2, so nebes aku pun kurang la sikit..
Masuk je
Panel : BM awak berapa?
Aku : A1
Panel : English?
Aku : 4B
Panel : Oklah, kalau mcm tu, kita interview dlm english la ye...(pastu gelak)
Aku : Baik.
Pastu diorang mula lah interview aku, memula mcm biasa lah, tanya pasal diri, semua la kan...Pastu ada lah tanya pasal isu semasa. Aku rasa mcm gelak je byk. Takdelah serius sgt mcm interview kat UTEM. UTEM interview giler serius panel dia. Aku terus blank jadinya, tu yang tak dpt tu...hahaha....
Pape pun, aku tak meletakkan harapan yang tinggi la kat UTHM ni walaupun aku mmg berhajat nak jadi lecturer kan.. Bak kata omputih ' Engineer is my ambition, but Lecturing is my passion'...Kata-kata aku tu, rasa-rasa leh dpt tak??hahaha.. Abis interview pukul 4petang, sampai rumah pukul 6.00ptg. Sempat lah aku balik rumah dulu sbb igt nak balik KL terus.
I'Allah ada rezeki, dapatlah UTHM, lagipun kat sana aku tak kisah, sbb kawan aku pun ada kat sana, tunang aku pun org Batu Pahat..So, memana pun boleh...:)
Doa-doa lah ye aku dapat..Amin...:)
5 months ago
No comments:
Post a Comment