Semenjak dua menjak nak kawen ni..ceh lama lagi kot tahun dpn tp aku dah sibuk-sibuk usha baju kawen sana sini. So adalah beberapa pasang baju yang telah 'menangkap' mataku ni...Aku suka dress labuh, takmo la yg mcm pattern skrg ni, ramai suka amik yg baju beading yang dari indon tu, aih tak minat la... Aku minat yang mcm ni...
Ini yang paling aku suka.. Gambar ihsan : http://aleeya24-fairytaleprincess.blogspot.com |
Ini pun cantek.. Gambar ihsan : http://zaifiezainal.blogspot.com |
Ini pun sama..:) Gambar ihsan : seperti gambar 1st.. |
Tapi ini just perancangan awal, mungkin akan berubah mengikut peredaran masa, kot tahun dpn nye fesyen dah lain ke...hehehe..Tapi takkan nak kawen bulan 3 tahun dpn, bulan satu baru terhegeh2 nak cari kan...isk isk...tak sempat tak sempat...Ini andaian saje kawen bulan 3...hehehe..Ni takleh nak cerita lebih sbb tu tgk ticker kat tepi tu baru 2weeks and 1day kitorang tunang. Tapi aku ni biasalah excited lebih kan. Nak jugak ada tarikh kawen cpt2 supaya senang aku nak book itu ini, (kalau tak nnt harga naik)...Papepun, sila tunggu en.Tunang balik dari Sarawak baru boleh bincang dgn aman. Dia balik dari Sarawak takde tarikh gak, mmg siaplah..(mesti dia dah tau ape aku nak buat ng dia, hehehe)...
Papepun, kena tanya jugak tunang aku yg tercinta tu, tapi rasanya dia mesti kata 'cantik!', tu pun kalau warna dia kena ng mata dia...Kalau tak kena pun dia mesti kata 'cantik! tp warna dia terang sgtla sayang, saya suka warna lembut-lembut je utk kawen ng nikah'...hehehe..Dari segi warna pulak, aku pun utk kawen mmg nak warna lelembut je mcm light peach, cream, mocha, off-white, light purple ke... Senang cerita warna-warna lembut lah...
Untuk pelamin lak, tunggu next entri...Stay tuned!
No comments:
Post a Comment