Sejak akhir-akhir ni byk betul kes pembunuhan kejam berlaku...APa nak jadi la dgn dunia sekarang kan...Kesian dekat family diorang yang dibunuh...Mcm kes Sosilawati, bunuh + bakar + buang..org lain yang mati adalah nampak mayat..Ini dahla kena bakar..buang pulak tu...Tp itulah sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga...Wah terror aku berfalsampah..Inilah yang menunjukkan kebesaran Tuhan Yang Esa...Ko buat la mcmana nak lupuskan bukti...Kalau dah Allah Maha Agong,mesti terbongkar lah...
Kes Sosilawati ni byk merungkai dan membongkar semua kes-kes kehilangan orang-orang berada dan kaya-raya...Apa lagi kau nak buat..Semua dh terbongkar...Terima lah nasib kau...
KUALA LUMPUR: Pelbagai kaedah digunakan penjenayah melupuskan bukti pembunuhan kejam termasuk menggunakan asid untuk mencairkan mangsa atau menanam mayat mangsa di dalam konkrit batu, namun semua itu bukan halangan polis mendapatkan bukti secukupnya bagi mendakwa suspek di mahkamah.
Penganalisis jenayah, Kamal Effendi Hashim berkata, sebelum ini ada antara penjenayah tempatan pernah menggunakan pelbagai kaedah kejam antaranya mencurahkan cecair asid menghapuskan tisu badan mangsa, meletupkan mangsa dengan bom, selain menanam mangsa dalam konkrit batu, namun usaha itu gagal membebaskan mereka dari bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA).
Menurutnya, biar apa sekalipun kaedah kejam digunakan, bukti fizikal DNA tetap diperoleh walaupun jasad tubuh mangsa tidak lagi berada di lokasi kejadian.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukarlupusbuktibunuh/Article/index_html
Jangan fikir yang korang bagus sangat..Ada lagi yang Maha Berkuasa...:)
5 months ago
No comments:
Post a Comment