CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 life...

Aduh....payah nya sekarang ni....Tidur pun termimpi-mimpi iPhone4....Macam mana ni???
Kalau lah iPhone4 ada kan best....

Kalau ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada rezekiku panjang,
Pasti iPhone4 menjadi 'suami'......(sebab nanti dia yang teman masa tidur)
Takdelah Cik Dils termimpi-mimpi lagi...:)
Hahahaha...pandai gak Cik Dils berpantun kan...


Tidur mimpi iPhone4 pun senyum kan??Alangkah seronoknya di hati kalau dapat memiliki..

DIGI and NUFFNANG....Please help me...I WANT AN IPHONE4!!!!!!!


p/s:Malu plak letak gambar tu..hehehe

DiGi iPhone 4 real!!

24 September 2010 Digi baru je launch pakej Digi iPhone.... Siap bagi teka teki lagi kat kita kan...Ala,yang ada muka kambing tu ng apple 4biji tu...Saje buat surprise Cik Dils kan...Memula bila tgk tak terfikir pun pasal iPhone nak launch..Bila Cik Dils menghayati balik semula gambar tu,rupanya Digi nak bg mesej yang iPhone4 is 'kambing' to town....Disebabkan Cik Dils memang pengguna Digi (baru beberapa bulan) tapi rasanya Cik Dils memang dah jatuh tangga sambil golek-golek cinta kat Digi...Oh!! I am in LOVE with DIGI!!!



 Agaknya Cik Dils pun boleh jadi tembam mcm kambing tu kan bila dpt iPhone4...Yela dah la ada apps 'How to cook everything'..Mau nye Cik Dils memasak je...hikhik...

Dgn plan Digi iPhone4 kita bole jimat byk sgt....Jom selak gambar bawah ni jap...


sila klik gambarkan utk lebih jelas'

Digi dah siap kirakan dah berapa harga iPhone yang kita beli kalau kita berdaftar dgn salah satu pakej yang ditawarkan...Kira jimat habis lah....Memang berbaloi-baloi kan....Opss!!!....hehehe

Dahla dpt beli iPhone4 dgn murah..Original pulak tu....Lepas tu Digi pula offer dgn pakej yang menarik...Bukan sahaja dapat percuma calls,sms dan mms untuk supplementary lines..dapat pulak free internet access,takde extra charges pula tu...Mana nak dpt semua tu...dengan Digi semua boleh jadi kenyataan...:) ..Digi 'Our smarter Choice'...

DiGi iPhone 4 Play

OMG!!..Korang perasan tak kebanyakan apps kat iPhone4 ni tak ada pun kat hp lain (betul kan?)...Mana nak dpt apps yang sama kat phone lain..Ada satu apps kat iPhone4 ni yang buat Cik Dils teruja sgt...Jeng jeng jeng....dan apps yang Cik Dils suka sgt adalah..............................................................................

Aduh,Cik Dils mmg sangat lah terkenankan apps iPhone4 ni......Meh kita tgk...Mehla mehla...hehehehe


Hah tu dia....'How to Cook Everything'.....Memang menarik kan?...Isk tak pernah terfikir pun ada apps mcm ni dalam handphone...Memang canggih!!..

Tak payah la lagi Cik Dils nak duduk tercongok sambil menganga kat depan tv sambil tengok Jamie Oliver menggaul-gaul resepi dari air tangan dia tu...Atau Cik Dils kena menghadap komputer semata-semata nak cari resepi sedangkan dgn Jari pun boleh kita surf...sambil jalan-jalan lak tu...Macam ni....



Lepas tu penuh satu meja dgn kertas-kertas sbb nak salin resepi...Lepas tu nak kena fikir kalau nak masak utk 4serving berapa byk pulak nak guna bahan..isk isk...tp kalau ada iPhone4 senang je macam makan kacang putih....Sbb iPhone4 boleh kirakan sekali berapa byk yang kita perlukan...


Lepas tu tak perlukan lagi buku ni...


Hanya dengan sekali klik je semua jenis resepi keluar....Macam-macam ada.....


So takdelah nanti Cik Dils jadi macam kat bawah ni kalau tak jumpa resepi yang dicari...:)

Ah!!Aku buntu........

Wednesday, September 29, 2010

Soal jawab...

Siapa tgk tv3 malam tadi pukul 11malam???masa Cik Dils tulis entri ni mata still tertancap kat tv3 utk program 'Soal jawab' kat tv3....Program 'Soal jawab'....Tv3 menjemput 3org blogger..Masing-masing semua ada keunikan masing-masing...Cubalah korang tgk link-link yang ada kat bawah ni.....blog mereka ni mmg byk info..manalah tahu semua info-info yang ada tu berguna utk kita kan....So sila-silalah ye.....


Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 me...

iPhone4??Fuh sebut je iPhone4 semua org dah tahu betapa hebat dan 'cool'nye handphone ni..iPhone4 bukan sekadar handphone biasa tetapi juga lebih dikenali sebagai SMARTPHONE (Telefon pintar)...Wah!!Pintar sgtkah??...dan kenapa semua orang beriya-iya nak mendapatkan iPhone4??Hebat sgtkah???....Disebabkan kehebatan yang ada pada iPhone4 disebabkan itulah Cik Dils juga beriya-iya dan tersgt teruja nya untuk memiliki salah satu gadget dari Apple...Alangkah bangganya kalau dpt jadi Engineer APPLE kan??...semua orang terpegun dgn hasil tangan Engineer APPLE..meleleh-leleh wooo....

New Member Icon

New Member Icon

New Member Icon

New Member Icon

New Member Icon

New Member Icon

New Member Icon

Sunday, September 26, 2010

Panggilan Telefon

Pada khamis lalu,Cik Dils (kata nama baru la instead of Aku) dapat panggilan dari Perodua...Minta datang interview pada Selasa 28hb September 2010...Punya lah lama Cik Dils tunggu panggilan diorang baru Khamis lepas diorang nak call...isk isk...Dah setahun kot hantar resume....So dgn gembira nya (dapat interview) je pun kan...Cik Dils pun menerima la pelawaan itu...I'Allah Cik Dils akan buat dgn jayanya...Amin..


Friday, September 24, 2010

Pls Help me!! Saya kesuntukan masa!!

Salam readers...
Sini saya nak minta tolong kepada sesiapa yang boleh mengajar saya secara online atau send video utk Microsoft Access 2007...Saya sgt memerlukan nya....Bos saya minta tolong buat access utk projek-projek kami...Minta tolong sesgt..or ada suggestion mana-mana sesiapa yang tahu...PLS!!PLS!!

Ini adalah Icon Myred eye saya


hehe...cumel tak icon saya ni??

Bila Al-Quran Menjawab...

 Memandangkan hari ni hari Jumaat..Penghulu segala hari yang ada...meh sini aku bagi ceramah sikit...buat pengetahuan semua..yang baik kita sebar-sebarkan,yang tak baik kita cuba halang okies...:)..Mesti ramai antara kita ni mesti kekadang tu terfikir or terdetik kat hati kan bila ditimpa musibah atau sesuatu benda yang tak elok berlaku kat kita...Mesti ramai yang tanya 'KENAPA.....??' kan kan kan...Betol tak?? kalau betol meh bagi duit raya....

Wednesday, September 22, 2010

Myred eye

Apakah??..hah Myred eye ini adala bertujuan meningkatkan trafik dan Nuffnang di blog anda...So siapa nak join sila klik sini .... Ikutlah arahan yang selanjutnya..Hanya utk 100peserta sahaja tau..


Jadilah MYRED EYE GROUP!!...weeee~~~

Bukti Bunuh susah lupus...

Sejak akhir-akhir ni byk betul kes pembunuhan kejam berlaku...APa nak jadi la dgn dunia sekarang kan...Kesian dekat family diorang yang dibunuh...Mcm kes Sosilawati, bunuh + bakar + buang..org lain yang mati adalah nampak mayat..Ini dahla kena bakar..buang pulak tu...Tp itulah sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga...Wah terror aku berfalsampah..Inilah yang menunjukkan kebesaran Tuhan Yang Esa...Ko buat la mcmana nak lupuskan bukti...Kalau dah Allah Maha Agong,mesti terbongkar lah...

Kes Sosilawati ni byk merungkai dan membongkar semua kes-kes kehilangan orang-orang berada dan kaya-raya...Apa lagi kau nak buat..Semua dh terbongkar...Terima lah nasib kau...

KUALA LUMPUR: Pelbagai kaedah digunakan penjenayah melupuskan bukti pembunuhan kejam termasuk menggunakan asid untuk mencairkan mangsa atau menanam mayat mangsa di dalam konkrit batu, namun semua itu bukan halangan polis mendapatkan bukti secukupnya bagi mendakwa suspek di mahkamah.
Penganalisis jenayah, Kamal Effendi Hashim berkata, sebelum ini ada antara penjenayah tempatan pernah menggunakan pelbagai kaedah kejam antaranya mencurahkan cecair asid menghapuskan tisu badan mangsa, meletupkan mangsa dengan bom, selain menanam mangsa dalam konkrit batu, namun usaha itu gagal membebaskan mereka dari bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Menurutnya, biar apa sekalipun kaedah kejam digunakan, bukti fizikal DNA tetap diperoleh walaupun jasad tubuh mangsa tidak lagi berada di lokasi kejadian.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sukarlupusbuktibunuh/Article/index_html
 Jangan fikir yang korang bagus sangat..Ada lagi yang Maha Berkuasa...:)

Tips jika terperangkap di dalam lif...

Memandangkan semalam aku baru je habis kursus lif bersama Newwin Elevator S/B...adalah beberapa tips yang diorang bagi jika anda terperangkap di dalam lif...So,korang tak payah la panik bila tetiba lif yang korang naik tu berhenti di tengah jalan..Sebab sistem pengudaraan dan pencahayaan cukup utk korang...memang tak kan lemas la...cuma LAPAR je..hehehe...


1) Jangan sesekali mencuba untuk 'memaksa' pintu lif untuk terbuka bila anda dah jammed kat situ...Duduk diam-diam je...tp jangan lak diam sgt..kang takde pulak org tau yang korang tgh jammed dlm lif..kan ada butang intercom ng butang bell...korang tekan la butang-butang tu..confirm ada org tolong nya...takpun kalau takde org dtg bantu,apa lagi call la 999....hehehe

2) Jangan mencuba untuk membaiki atau modify apa-apa parts pun dlm lif...Tapi kalau aku, mcmana pulak nak modify kan kalau dah jammed...

3) Jangan nak jadi Mcgyver pulak...Usik wayar tu wayar ni...kang ada pulak yang kena renjatan elektrik pulak...tak pasal-pasal je kan...

4) Jangan nak menggatal tgn tu mengusik suis-suis yang ada dlm lif..kan ada suis kan...hah jgn nak menggatal usik pulak...Usik button bell ng intercom je dh cukup...

Lepas korang dah dpt berkomunikasi dgn penjaga lif...nnt dgn berlari-lari anak pantas diorang dtg untuk menyelamatkan korang...Confirm nnt diorang dtg 'Minta maaf' pastu mesti diorang akan tenangkan korang yg tak tentu arah duk dlm lif tu kan...

Lepas diorang dh settle semua tutup suis sini suis sana baru la diorang selamatkan korang..Pastu sure korang trauma sekejap nak naik lif...hahaha...Yang penting udara ng cahaya cukup utk korang....:)

p/s : 999 or emergency calls boleh di buat walaupun line takde dlm lif...Oppss ni utk org yang tak tau je...kot-kot ada yang tak tau...sbb ada org tanya kalau takde line boleh ke call 999...isk isk..dah nama pun emergency call kan..MESTILAH BOLEH...

Tolong Jangan Salahkan KAMBING....teehee..

Memandangkan aku adalah seorang 'hantu kambing'..aku rasa info ini patut disebarkan bagi peminat daging-daging kambing...Sgt memberangsangkan jiwa ku bergetar...hahahah...kambing kambing....mmmbeekkkk mmbeekk...:p

Info ini di ambil dari Selatan Online:

Info kesihatan ini juga boleh dikongsi kepada mereka yang mempunyai masalah kolestrol yg tinggi tak kira la pakwe dia ada kolestrol ke?,makwe dia ada kolestrol..tak kisah boleh la sebar pada mereka.

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pengurai Kolestrol TepuSalah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1.Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2.Kolestrol daging lembu dan ayam.

3.Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4.Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti da gin g yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8.Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam bad an tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.


Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.---------> ini bagus utk mereka yg kurang syg...hehehe

Manisnye Senyumanku....:)

Tuesday, September 21, 2010

My Life is not complete without........???

Sudah lama aku setia dgn si 'dia'...Pernah kami broke up tp last-last dia eh aku....hehehe mesti cari dia balik....puas mencuba mencari pengganti yang lebih baik dan sempurna...tp dia jugak menjadi pilihan hati .. ngeh ngeh....Bertahun jugak la aku setia dan still sampai skrg pun masih bersama..di mana ada aku mesti ada dia..kalau takde kat sebelah tak keruan hidup aku dibuatnya..Rasanya memang tak sempurna hidup aku tanpa dia...Buat si dia pesananku 'JGN TINGGAL DAKU' ok...hahaha...


EMPIRE SHOPPING GALLERY,Subang Jaya


Empire Shopping Gallery??...Korang pernah dengr tak shopping mall ni?..Mungkin yang selalu lalu Federal Highway utk ke Shah Alam or Subang mungkin akan perasan..Shopping mall ni terletak di Subang Jaya betul-betul bersebelahan dgn Toyota dan dekat dgn Subang Parade...Memang besar la bangunan dia..Siapa yang tak perasan bila lalu situ tak tau la kan..:)...Tak perasan lak ada berapa tingkat..masa naik eskelator tak kira la...huhu..

Macam-macam kedai dan butik kat dalam tu..Butik-butik terkenal pun ada contohnya Ed Hardy,Coach (tp in progress), GUESS, Tang's dan etc...Kedai makan pun mcm menarik...Sorry takde gambar le pulak..huhu..tak ambil lak td..Ada Tempayan Belanga, Kenny Rogers..lg apa ek???lupa la pulak...huhu..

Apa-apa pun korang try la usha Shopping mall ni...Tak ramai org pun...mungkin sbb still new lg kan so ramai tak tau...Pada pendapat aku, shopping mall ni okla...sbb tak ramai org kot..senang dpt parking...hehehe...

Monday, September 20, 2010

Menyambut Hari Raya...:)

Hai semua...Hah,diam tak diam dah 11 Syawal dah kan..sekejap je rasanya..Isk...Mcmana dgn sambutan raya kali ni??Sambutan kami kali ni mcm biasa la...Seperti tahun-tahun sebelum ni...1st raya mesti dikunjungi oleh sanak-saudara sebelah mak iaitu uncle-uncle dan auntie-auntie dari Melaka....Tapi pagi selepas solat raya seperti org lain juga...bermaaf-maafan dan sesi memberi duit raya serta bergambar...itu tradisi biasa korang jugak kan???:)



Aku sangat la teruja kali ni sebab kali pertama menjadi PEMBERI bukan DIBERI duit raya kepada anak-anak buah aku yang seramai 16orang...Mak aih ramainye...hehehe..Alhamdulillah..Merasa jugak korang duit Maksu korang kan??...




Ni pulak sesi cucu-cucu bersalam dan bermaafan dgn Wan diorang...Kelakarnya anak buah aku yg sorang ni baru 1st time suruh dia sebut 'Minta maaf wan'..dgn tergagap nye dia sebut 'Minta A'ap Wan'...hahaha...semua org gelakkan dia..kesian my heart tu...


Sebahagian keluarga aku...Family Uda dan Along aku...seronok diorang mengutip duit raya...




Ok...Family sebelah Mak aku sampai..buat pengetahuan korang aku ni adalah kacukan Cina-Melayu...fuiyo kacukan aku ni ghopenye...hahaha....Ni baru satu family Auntie yg sampai yang lain lambat ...:)


Inilah sebahagian wanita-wanita yang ada dlm family besar aku ni....Sume cun-cun kan???Nak-nak yg pakai tudung pink...opps...sape tu??hikhik...


Hah,ni la my heart aku yang baru..Nama saya Irdina Batrisyah..Umur saya 9bulan...hehehe..anak abg aku yg sgt chumeellll dan garang..isk...hahaha




Ini pulak ahli keluarga kami yang baru..Nama Balqiez Aleesya berumur 30hari 1minggu...Si pipi labuh..:D


Dalam keluarga kami la 3org anak perempuan yang ada...Cun sungguh anak-anak En.Tahir dan Pn.Hadijah ni...:)...


Hah,dan yg last ni la aku nye my HEART..ALEEF,I HEART U....;p

Kalau nak letak semua gambar,byk sgt..aku pilih lah sikit-sikit yang ada dalam simpanan aku ni...takleh la letak semua kan...cukuplah,ini pun dh cukup banyak ni..Gambar menu pagi raya tak de pulak snap..:(..Apepun aku kempunan nak makan Dalca KAMBING..waaaaa sbb dah basi pagi tu...tak sempat nak jamah...sedih gue...

' HAVE A DAZZLING RAYA'

Alhamdulillah..(",)

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni...Kesian blog ni terabai...hehehe...Byk sgt kisah-kisah yg tak diceritakan...Dah raya pun...Anyway rasanya masih sempat lg kalau saya nak mengucapkan 'Selamat Hari Raya dan Maaf zahir Batin' kepada kaum muslimin muslimat seluruh negara..kan kan..:)

Okla...berbalik semula kepada tajuk asal...Sekarang ni saya dah bekerja sebagai 'Jurutera Mekanikal' (Contract for Service) untuk JKR (Jasa kepada Rakyat) aka Jabatan Kerja Raya...:p..Alhamdulillah dah nak masuk bulan ke-3...Sebelum ni kerja kat Senawang as Pengurus (eceh jawatan tak kalah)...hahaha..Sekarang ni tempat kerja di Kota Metrofulus, KL la mana lagi kan...posting kat MIDVALLEY CITY MEGAMALL <----- tak pernah terfikir pun dpt kerja kat sini..hahaha...kira tempat yg boleh mengabiskan duit gaji aku setiap bulan...nasib ada tempat makan murah..fuhh lega skit..kalau tak, nak makan pun tercekik kalau dah hari-hari rm10 kan...

Kawan-kawan tempat kerja pun SEMPOIII....Bos pun baik...Seronok la...lagipun lom ada kerja sgt...RMK-10 lum masuk lagi...so sementara lum ada kerja lagi ni kekonon nye menuntut la ilmu seskit dari kekwn kan...:)
Ni sebahagian dari rakan-rakan ofis aku...semua nye sgt happening!!



Dari kiri belakang: Fairus,Rinel,Zul,Amirul,Nazmi,Taufiq
Dari kiri depan: Diela, Farah, Azreen (tunang Zul)

Berharap Insyaallah kali ni dapat lah kerja dgn betul dan cekap...Nnt dapat berjasa dgn Negara kan??...hehehe...Nak cerita dgn cucu cicit pun seronok..'Hah ni lah dulu bangunan yg nenek reka dia punya Aircond...hahaha'...angan-angan...isk...
Doakan aku berjaya ye dlm kerjaya ni...kalau dah berjaya boleh aku tolong family ng kekwn pulak...I'allah...:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails