CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 28, 2011

Pencegahan Penyakit Jantung

Hai readers,

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah salah satu pembunuh utama di seluruh dunia?Mestilah tahu kan.. Banyak sangat iklan bercakap pasal jantung ni. Salah satu cara merawat sakit jantung adalah melalui pembedahan TETAPI tahukah anda penyakit jantung dapat dicegah tanpa menjalani pembedahan??
 
Menurut Dr. Satish Gupta dari India menyatakan bahawa, menerusi 'Program Rehabilitasi Kadialogi dan Kardiak (CAD)' yang beliau telah mencipta selama 10 tahun, pesakit-pesakit jantung yang menghidapi masalah tersumbat saluran darah dari 60 hingga 90% dapat menghapuskannya dan baikpulih sepenuhnya dalam tempoh 8 bulan. Punca utama hasil kejayaan  penyelidikan ini adalah berdasarkan membentuk gaya hidup sihat yang menjadi kunci proses pemulihan kesihatan ini.

Dr. Gupta dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Perubatan Abad ke-21 dari Bangsa-bangsa Bersatu dan IAEWP serta Anugerah Saintis Cemerlang dari IBC, Cambridge, UK dan ABI, Amerika Syarikat.

Penyakit jantung merupakan pembunuh terulung yang membawa kematian sebayak 40% di seluruh dunia. Dr. Gupta telah berjaya membentuk Model Kesihatan Insan bagi Abad ke-21 yang meliputi aspek-aspek fisikal, minda, dan spiritual dalam proses mencegah serangan sakit jantung dan strok. Beliau telah menjelajahi seluruh dunia dalam menyebarkan hasil penemuan dan penyelidikan beliau. 

Dr. Satish Gupta akan memberi ceramah umum PERCUMA dalam Bahasa Inggeris bertajuk 

"Perlindungan Jantung 3-Dimensi" (3-Dimensional Heart Care)
di Wisma MCA, Auditorium, Jalan Ampang pada 28 April 2010 (Khamis) pukul 7.00 malam.   

Risalah program ini disertakan bersama-sama ini.



Maklumat ini pasti dapat menyelamatkan nyawa seseorang! 
Jika kita sihat, produktiviti pasti meningkat! Sebar-sebarkan ye!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails