CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, April 28, 2011

Pencegahan Penyakit Jantung

Hai readers,

Tahukah anda bahawa penyakit jantung adalah salah satu pembunuh utama di seluruh dunia?Mestilah tahu kan.. Banyak sangat iklan bercakap pasal jantung ni. Salah satu cara merawat sakit jantung adalah melalui pembedahan TETAPI tahukah anda penyakit jantung dapat dicegah tanpa menjalani pembedahan??
 
Menurut Dr. Satish Gupta dari India menyatakan bahawa, menerusi 'Program Rehabilitasi Kadialogi dan Kardiak (CAD)' yang beliau telah mencipta selama 10 tahun, pesakit-pesakit jantung yang menghidapi masalah tersumbat saluran darah dari 60 hingga 90% dapat menghapuskannya dan baikpulih sepenuhnya dalam tempoh 8 bulan. Punca utama hasil kejayaan  penyelidikan ini adalah berdasarkan membentuk gaya hidup sihat yang menjadi kunci proses pemulihan kesihatan ini.

Dr. Gupta dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Perubatan Abad ke-21 dari Bangsa-bangsa Bersatu dan IAEWP serta Anugerah Saintis Cemerlang dari IBC, Cambridge, UK dan ABI, Amerika Syarikat.

Penyakit jantung merupakan pembunuh terulung yang membawa kematian sebayak 40% di seluruh dunia. Dr. Gupta telah berjaya membentuk Model Kesihatan Insan bagi Abad ke-21 yang meliputi aspek-aspek fisikal, minda, dan spiritual dalam proses mencegah serangan sakit jantung dan strok. Beliau telah menjelajahi seluruh dunia dalam menyebarkan hasil penemuan dan penyelidikan beliau. 

Dr. Satish Gupta akan memberi ceramah umum PERCUMA dalam Bahasa Inggeris bertajuk 

"Perlindungan Jantung 3-Dimensi" (3-Dimensional Heart Care)
di Wisma MCA, Auditorium, Jalan Ampang pada 28 April 2010 (Khamis) pukul 7.00 malam.   

Risalah program ini disertakan bersama-sama ini.



Maklumat ini pasti dapat menyelamatkan nyawa seseorang! 
Jika kita sihat, produktiviti pasti meningkat! Sebar-sebarkan ye!!

Tuesday, April 26, 2011

Wahai Pendampingku Kelak, ketahuilah...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

From: Sumber dan Inspirasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails