CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label Ceramah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Ceramah Jumaat. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Peristiwa Isra' Mikraj : Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t...:)


Dah lama tak buat entri sempena hari jumaat ni. Hari ni aku nak share sikitlah pasal peristiwa Isra' Mikraj, sbb aku baru je balik dari ceramah sempena bulan Rejab ni. Bulan Rejab je mesti org kaitkan dgn peristiwa Isra' Mikraj. Di mana Nabi Muhammad S.A.W mendapat mukjizat untuk naik ke langit dgn izin Allah. Semua peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kalau dgr cerita tu memang kagum. Tapi kalau kita fikir lebih-lebih tentang kekuasaan Allah ni, perghh memang boleh jadi gila. Kekadang aku sendiri pun terfikir kenapa itu?kenapa ini?macamana boleh jadi ini?macamana boleh jadi itu?paling yang aku tertanya-tanya, sbb nmpk depan mata kan...tu baby dalam kandungan..mcmana eh?itu kira oklah sbb ada penjelasan saintifik, tapi bila tgk baby keluar, macam-macam kekdg aku fikir. Kalau sape yang mmg tak kuat iman,rasa boleh terkeluar lah dari agama sbb fikir bende mcm tak logik, tapi semua tu BENAR! Kuasa Allah mmg takde sape dpt tandingi.

Ceramah start pukul 9pagi, memula tak ramai dtg, lepas 1/2 jam barulah mula penuh bilik tu. Ustaz tu dari JAWI, nama Ustaz Borhanuddin. Lawak jugaklah ustaz ni, sempoi...Cerita pasal Isra' Mikraj di mana Nabi di belah dadanya, lalu diambil hatinya dibuang yang hitam lalu di cantumkan semula oleh Jibril dengan perintah Allah. Selepas pembedahan tu barulah bermula Isra dan Mikraj. Isra adalah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki binatang Buraq dalam perjalanan yang sungguh luar biasa sambil ditemani oleh Jibril AS dan Israfil AS. Dalam perjalanan itulah baginda dapat meyaksikan bermacam-macam peristiwa dan simbolik. 

Dalam perjalanan itu jugak baginda kena ganggu dgn jin Ifrit, bak kata Ustaz tu td, kira jin yang paling degil la. Antara peristiwa yang ajaib yang disaksikan oleh baginda antaranya: kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai, apabila tuai je, tumbuh lagi sebanyak 700kali. jibril berkata 'Itulah kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan sebyk 700kali ganda. 

Lagi, tempat yang berbau harum. Nabi di beritahu oleh Jibril AS bahawa itu adalah kubur Marsyita. Marsyitah adalah tukang sisir rambut anak Firaun. Masa Marsyitah tu tengah sisir rambut anak firaun tu dia ada sebut Allah, so anak Firaun tu tanya ada lagi Tuhan selain Firaun. Marsyitah tanpa getar dia pun ckp ada iaitu Allah. Pastu anak firaun tu bgtau Firaun, dasar anak Firaun suka mengadu domba hehehe, maka murkalah Firaun lalu mahu mencampakkan ke dlm minyak yang panas. Sebelum tu Marsyitah amik anak dia, tapi kesian tgk bayi dia, tetiba dengan izin Allah bayi tu boleh berckp untuk menguatkan iman ibunya. Subhanallah.

Lepas tu Nabi jumpa orang yang memecahkan kepala, setiap kali pecah, pastu sembuh,pastu diorang pecahkan lagi. Itulah orang yang berat untuk sujud. Then, jumpa lak sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Kena dihalau macam binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Jalan lagi jumpa lagi satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Pastu nampak lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lepas tu jumpa lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.Next Rasulullah saw jumpa lak satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Then kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Jalan lagi jumpa lak seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Nak masuk balik lubang tu tapi tak boleh. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Lepas tu dtg pulak seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Pastu jumpa lak seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Pastu Rasulullah saw pun tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Selepas tu, didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". So rajin-rajinkanlah lidah korang tu untuk berzikir mengingati Allah.:))

Lepas tu ustaz tu ada ckp pasal batu terapung di Masjidil Aqsa. Batu tu boleh terapung tanpa ada sebarang penyokong. Besar batu tu jika berdiri dibawahnya boleh memuatkan 30 orang untuk solat. Ada kisah yang mengatakan seorang perempuan mengandung terus gugur kandungannya sebab terperanjat sgt tgk. Tapi lepas tu diorang bina la tiang dibawahnya dan batu ini betul2 terletak dia Masjidil Aqsa. Korang tengoklah link ni.. Memang kagum!.Klik sini. Inilah tanda kebesaran Allh s.w.t...Subhanallah. Pastu korang klik sini untuk lihat secara 360darjah punya pandangan..Allahuakbar..Kerdilnya aku ini di muka bumi Mu. Byk kerosakan yang aku dh buat kat muka bumi ni. Ampunkan aku Ya Allah..:(..

INI PALSU!!! Adobe photoshop ni. Jangan percaya!
INI YANG BETUL!!

Cerita Isra' Mikraj ni aku ambil dari sumber dari sini. selain dari kisah yang aku dengar dari Ustaz tu tadi. So sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah ini. Sila klik link yang aku bagi tadi untuk lebih lanjut ye.

Friday, October 8, 2010

NASIHAT IMAM IBNU QAIYIM MENGENAI KESIHATAN

 Assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia....
Di hari yang indah lg permai...Cik Dils nak berkongsi sedikit ilmu mengenai tajuk yang diberikan....Semoga kita mendpt manfaat dari petikan di bawah ini...Waallahualam...

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)


MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).



MENGELAPKAN PANDANGAN

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.


PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah  bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan, membaca qur’an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh), membaca surah Al-Waaqi’ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.


PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

LUPA DAN LEMBAB

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.


KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Petikan dari buku Cara Rasulullah saw mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)



Bagaimana para pembaca?...Semoga kita mempraktikkan nya serta mendapat keredhaanNya pada penghulu segala hari ini..Jumaat..AMIN...(hari ni cam nak sopan sikit...hikhik)


Semoga kita berjumpa lagi di Jumaat yang akan datang...InsyaAllah...:)
Renung-renungkan dan selamat beramal  ye.....

Friday, October 1, 2010

Kubur berkata-kata

 Ok mari sahabat-sahabatku....Memandangkan hari jumaat mari dengar ini kisah..Kisah tauladan untuk penghayatan dan peringatan kita semua.....

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antaranya :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." 

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Waallahualam....

Friday, September 24, 2010

Bila Al-Quran Menjawab...

 Memandangkan hari ni hari Jumaat..Penghulu segala hari yang ada...meh sini aku bagi ceramah sikit...buat pengetahuan semua..yang baik kita sebar-sebarkan,yang tak baik kita cuba halang okies...:)..Mesti ramai antara kita ni mesti kekadang tu terfikir or terdetik kat hati kan bila ditimpa musibah atau sesuatu benda yang tak elok berlaku kat kita...Mesti ramai yang tanya 'KENAPA.....??' kan kan kan...Betol tak?? kalau betol meh bagi duit raya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails