CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, July 18, 2011

Station 21, Bangsar

Assalamualaikum...

Aktiviti bulanan satu opis. Tapi kali ni ada Farah, Nazmi ng Rinel je...Zul dan yang lain-lain tak boleh join. Lps je keje pukul 5lebih, kami terus shoot dtg kedai makan Station 21 berdekatan dgn Bangsar Village. Dah beberapa kali dah kami makan kat sini. 1st time dtg makan Zul yang bwk. Sedap woo makanan dia. Semua western. 1st time dtg aku makan steak, nak lamb tapi lamb tak de lak masa tu. So, kali ni pergi aku order 'Grill Chicken with Mix gravy'. Aku pilih brown sauce + black pepper. Kombinasi yang kurang menarik sbb rasa brown sauce tu telah didominasi oleh black pepper. So pas ni minta mix mushroom + black pepper.

Pilihan Farah. Steak with mix gravy

Pilihan Nazmi, Steak jugak.

Pilihan aku dan rinel, Grill chicken

Yummehhh..sedap kan...:p

Memula ingat nak order pasta, tp pasta lum ready, so sediyyy...Next time baru nak try balik. Aku nye makanan kena RM17 wehhh..masa order tu aku tak perasan yang aku telah terorder side dish lebih..Adoii tak pasal je..Air pulak aku minta air kalamansi. Bolehlah tapi sedap lagi air kalamansi kat pasar JKR.huhuhu...Kalau nak g sini senang je. Tempat makan ni bebetul depan Bangsar Village II, bersebelahan dengan Masjid. Carilah kat situ. Dia ala-ala food court je bukan nye restoren okeh..:p.. Byk pilihan western kat sini.

Wednesday, July 13, 2011

Bread Pudding with Milk Sauce..

Assalamualaikum..:)

Semalam aku puasa ganti, yeay yeay, dah abis bayar. So, bolehlah aku senang hati bila dah abis ganti. Tgk pulak fb scroll punya scroll ternampak lak iluvislam tu post bread pudding (perghh menggoda nafsu dan gejolak makanan nehhh)..Pandai betui dia snap pic sampai aku tergoda nak buat mlm tu utk berbuka..So, tengahri turun Carrefour pi beli barang untuk buat puding roti...1st attempt tu..memula cam tak jadi je sbb malas nak pukul telur sampai kembang ---->mixer takde!! so kalau tak jadi mmg aku salahkan mixer la sbb takde..kehkeh..

So, 1st step : buat nak tunjuk step sgt pun, gitu-gitu jek..
Roti Gardenia yang telah direndam dgn susu segar Dutch Lady..
Pas dah rendam dalam setengah jam, pukul butter,gula castor,vanilla esen, telur dan tepung jagung. Memandangkan tangan aku dh lenguh sbb mixer takde, aku tak tunggu pun telur tu kembang, aku terus campur ng roti tu...dah ler berair menitis-nitis..kehkeh..

Pastu masuk loyang, terus masuk preheated oven. Sepatutnya dlm 1/2jam je, ni bila dh berair-air, jadinya 50minit ke satu jam baru jadi!Memula mmg dh pasrah tak jadi..hehehe..Alhamdulillah jadi, bile dah jadi barula buat milk sauce dia..

Tadaaaa, inilah rupe bila keluar dari oven...:)

Yummehhhh...Sedap woooo!
Yeay, akhirnya jadi. Ni lah 1st time aku makan puding roti setelah 25tahun aku hidup...kehkeh..Akak aku makan 2keping..sedaplah tu kan..So kalau aku rajin, mlm ni nak buat lagi..:p

Wednesday, July 6, 2011

Hasil Tabungan..

Assalamualaikum..:)

Sila fahami tajuk ye..hehehe..ni bukan tabungan nuffnang tau, tapi hasil tabungan sendiri selama 1/2 tahun kot..Malam tadi teringat nak kira duit tabung dlm tabung Chupa Chup ada berapa. So bila teringt je terus aku bukak tabung aku dgn jayanya sbb ketat dia nye tabung..sakit gak la jari jemari aku ni. Dah full dah tabung tu, berat pun semacam jek, hehehe.Tengoklah hasilnyeeee...Tadaaaa...

Ni la dia tabung Chupa Chup aku..hehehe

Tu dia hasil 1/2 tahun...rasa berbaloi tak??hehehe
So malam tadi pas je kira-kira berapa jumlah, tapi aku kira 20sen ng 50sen jela. Malas nak masuk 10sen ng 5sen tu.. Kira punya kira last-last aku malas, aku terus masuk plastik sbb kalau aku tak masuk siap-siap konfirm lupa nak bwk g kerja. 

Pagi tadi lepas je aku g site visit kat Sultan Salahuddin ng Bangi terus aku pergi CIMB. Siap bwk beg tgn bagai dah macam nak balik rumah lak bila bos pandang aku..hahaha...Memandangkan claim parking aku dah dpt, sekali la simpan terus. Kang kalau aku tak simpan konfirm habis begitu saja. Kekdg bukan shopping pun tapi habis kat makan je...Tak taula kenapa tekak ni asik nak makan jek...Adoii...

Sampai je CIMB terus aku ckp aku nak masuk duit syiling, pastu Encik tu kata boleh, tapi isi borang dulu nilai biarkan kosong, nnt dh kira baru tulis. Penuh senyuman aku masa tu sbb dah pukul 4 ingat ASB dah offline. Nasib baik boleh. So aku isi then amik nombor. 

Pastu, sambil tunggu org bank tu pi kira aku nye syiling, ape lagi dok melangut jela, nasib tak lama....Last2, dia pun bgtau aku jumlah dia RM93.50!!..Hahaha, simpan punya jenuh sampai setengah tahun dpt tu jek!!..hahaha..tp kira orait la tu...

Tu dia..Ceh siap disensored no dpn..mcm byk..hehehe
Hahaha..siap kena sensored ye no dpn tu sbb segan tak byk...hehehehe...semenjak dua nak kawen ni aku lebih gigih nak simpan duit. Kalau boleh nak simpan semua gaji yg ada..tapi apekan daya gaji cukup-cukup makan je...hehehe...Tapi Alhamdulillah masih mencukupi lagi, maybe berkat dari bagi kat mak tetiap bulan kot tanpa potongan walau aku sendiri kesempitan...So moral of the story -----> utk mendpt keberkatan silalah hulur-hulur kat mak anda walaupun sedikit..:)

Pasni nak penuhkan balik tabung ni..ermmmm misi mencari duit syiling bermula, kalau ada dlm kete tunang aku pun aku nak rembat gak,hehehe cik tunang sila halalkan yek..hehehe..SELAMAT MENABUNG!!

Sunday, July 3, 2011

Family Baru

Assalamualaikum...

11hb Mei 2011 aku dapat anak buah baru.Perempuan nama Airis Qisya. So, total semua anak-anak buah aku yang tercinta 17orang. 7orang lelaki 10orang perempuan. Ramai nye. Nampkanya tahun ni duit raya byk kena bagi ni. Takde potong pun, sbb rasa masih mampu lagi nak bagi. Lagipun setahun sekali je aku bagi wehh..Bukan setiap bulan pun.

Bukan si debab kiri tu, yang kanan tu yek..:)
Kihkih, comel tak anak-anak buah aku??semua kata ikut muka aku tang mana pun aku tak tau...:)...

Friday, July 1, 2011

Peristiwa Isra' Mikraj : Subhanallah

Assalamualaikum w.b.t...:)


Dah lama tak buat entri sempena hari jumaat ni. Hari ni aku nak share sikitlah pasal peristiwa Isra' Mikraj, sbb aku baru je balik dari ceramah sempena bulan Rejab ni. Bulan Rejab je mesti org kaitkan dgn peristiwa Isra' Mikraj. Di mana Nabi Muhammad S.A.W mendapat mukjizat untuk naik ke langit dgn izin Allah. Semua peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran. Kalau dgr cerita tu memang kagum. Tapi kalau kita fikir lebih-lebih tentang kekuasaan Allah ni, perghh memang boleh jadi gila. Kekadang aku sendiri pun terfikir kenapa itu?kenapa ini?macamana boleh jadi ini?macamana boleh jadi itu?paling yang aku tertanya-tanya, sbb nmpk depan mata kan...tu baby dalam kandungan..mcmana eh?itu kira oklah sbb ada penjelasan saintifik, tapi bila tgk baby keluar, macam-macam kekdg aku fikir. Kalau sape yang mmg tak kuat iman,rasa boleh terkeluar lah dari agama sbb fikir bende mcm tak logik, tapi semua tu BENAR! Kuasa Allah mmg takde sape dpt tandingi.

Ceramah start pukul 9pagi, memula tak ramai dtg, lepas 1/2 jam barulah mula penuh bilik tu. Ustaz tu dari JAWI, nama Ustaz Borhanuddin. Lawak jugaklah ustaz ni, sempoi...Cerita pasal Isra' Mikraj di mana Nabi di belah dadanya, lalu diambil hatinya dibuang yang hitam lalu di cantumkan semula oleh Jibril dengan perintah Allah. Selepas pembedahan tu barulah bermula Isra dan Mikraj. Isra adalah perjalanan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan menaiki binatang Buraq dalam perjalanan yang sungguh luar biasa sambil ditemani oleh Jibril AS dan Israfil AS. Dalam perjalanan itulah baginda dapat meyaksikan bermacam-macam peristiwa dan simbolik. 

Dalam perjalanan itu jugak baginda kena ganggu dgn jin Ifrit, bak kata Ustaz tu td, kira jin yang paling degil la. Antara peristiwa yang ajaib yang disaksikan oleh baginda antaranya: kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai, apabila tuai je, tumbuh lagi sebanyak 700kali. jibril berkata 'Itulah kaum yang berjihad di jalan Allah yang digandakan pahala kebajikan sebyk 700kali ganda. 

Lagi, tempat yang berbau harum. Nabi di beritahu oleh Jibril AS bahawa itu adalah kubur Marsyita. Marsyitah adalah tukang sisir rambut anak Firaun. Masa Marsyitah tu tengah sisir rambut anak firaun tu dia ada sebut Allah, so anak Firaun tu tanya ada lagi Tuhan selain Firaun. Marsyitah tanpa getar dia pun ckp ada iaitu Allah. Pastu anak firaun tu bgtau Firaun, dasar anak Firaun suka mengadu domba hehehe, maka murkalah Firaun lalu mahu mencampakkan ke dlm minyak yang panas. Sebelum tu Marsyitah amik anak dia, tapi kesian tgk bayi dia, tetiba dengan izin Allah bayi tu boleh berckp untuk menguatkan iman ibunya. Subhanallah.

Lepas tu Nabi jumpa orang yang memecahkan kepala, setiap kali pecah, pastu sembuh,pastu diorang pecahkan lagi. Itulah orang yang berat untuk sujud. Then, jumpa lak sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Kena dihalau macam binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu neraka jahannam. Kata Jibril : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Jalan lagi jumpa lagi satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.Pastu nampak lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang yang makan riba`.

Lepas tu jumpa lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.Next Rasulullah saw jumpa lak satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Then kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Jalan lagi jumpa lak seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Nak masuk balik lubang tu tapi tak boleh. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Lepas tu dtg pulak seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Pastu jumpa lak seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua. Pastu Rasulullah saw pun tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Selepas tu, didatangkan mi'raj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama:Rasulullah saw. dan Jibril masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan nabi Adam a.s. Langit Kedua: Nabi saw dan Jibril naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan nabi 'Isa a.s dan nabi Yahya a.s. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan nabi Yusuf a.s. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan nabi Idris a.s. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam:Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, "Sampaikan salamku kepada umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanaman- ya ialah lima kalimah, yaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". So rajin-rajinkanlah lidah korang tu untuk berzikir mengingati Allah.:))

Lepas tu ustaz tu ada ckp pasal batu terapung di Masjidil Aqsa. Batu tu boleh terapung tanpa ada sebarang penyokong. Besar batu tu jika berdiri dibawahnya boleh memuatkan 30 orang untuk solat. Ada kisah yang mengatakan seorang perempuan mengandung terus gugur kandungannya sebab terperanjat sgt tgk. Tapi lepas tu diorang bina la tiang dibawahnya dan batu ini betul2 terletak dia Masjidil Aqsa. Korang tengoklah link ni.. Memang kagum!.Klik sini. Inilah tanda kebesaran Allh s.w.t...Subhanallah. Pastu korang klik sini untuk lihat secara 360darjah punya pandangan..Allahuakbar..Kerdilnya aku ini di muka bumi Mu. Byk kerosakan yang aku dh buat kat muka bumi ni. Ampunkan aku Ya Allah..:(..

INI PALSU!!! Adobe photoshop ni. Jangan percaya!
INI YANG BETUL!!

Cerita Isra' Mikraj ni aku ambil dari sumber dari sini. selain dari kisah yang aku dengar dari Ustaz tu tadi. So sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar dari kisah ini. Sila klik link yang aku bagi tadi untuk lebih lanjut ye.

R.I.N.D.U

Assalamualaikum, :)

Short entry...Aku dah mula start rindu giler punye kat tunang. Last month ada gak mcm ni, tp dia reda jap... Pastu ni memuncak-muncak balik kerinduan ni, adoiiii...Rasa nak je beli tix pergi sarawak. Dapat tgk muka dia jadila..Huhuhu...

Thursday, June 30, 2011

Happy Thursday : Wedding

Assalamualaikum..:)

Di hari khamis ni tetiba terfikir lak nak cerita pasal kekawan aku yang dah kawen...Semua member-member baik aku masa kat UITM. Kitorang formed satu study group. Kami ni 2minggu nak exam baru lah kami terhegeh-hegeh nak study. Takde der nak study awal-awal. Awal-awal sem semua huhahuha. Dah nak exam barulah masing-masing struggle study. Memang dari pagi sampai malam la kami duduk kat blok untuk study. Tapi kami study takdelah teruk sgt, masa study still lagi huhahuha...Pagi dtg kul 9-10pagi, kekdg paling awal kul 8 pagi sbb nak kena rebut bilik, biasalah nak exam ramai yang study kat blok. Kekdg ada satu bilik 2org je tu pun couple. Kalau dah penuh sgt, baru kitorang dgn muka tak tau malu masuk minta izin dulu, memula masuk 2-3 orang je, pastu mula lah 6-10orang, bila dah ramai tu barulah boleh buat mcm bilik tu kami yang jumpa dulu kan. So, konfirm-konfirm yang couple tadi menyampah then blah...hahaha..itu la tujuan kami mmg nak suh diorang blah pun sbb kami study bukan nye senyap, study pun bising tau..hehehe...

So, dalam group kami yang paling awal kawen ialah Ali. Habis je degree tak lama pastu dia terus kawen. Lagipun Ali mmg lagi tua dari kitorang so mmg patutla ko kawen dulu li, takdelah langkah bendul kan...hehehe. Sekarang ni isteri Ali, Amira dah pun pregnant mungkin 7 bulan kot..Alhamdulillah rezeki. Ali ni keje Oil&Gas kat Johor.

Sebahagian kekwn UITM yang dtg..

Ali & Amira..:)
2nd yang kawen dlm grup kitorang, Fadli Shah dan Fiza. Fiza tu housemate aku, ct n ain. Ni baru lagi menikmati alam perkahwinan. Baru sebulan rasanya. Yela masa aku tunang tu sama dgn majlis belah Shah. Ni masa kawen Mot tak dpt jumpa sbb diorang pi hornymoon. Hehehe..so tak tau la ape perkembangan diorang. Shah keje dgn Sime Darby, Fiza lak keje ng Karangkraf..

Shah & Fiza..Pacak sebok la kau..hehe

Shah &Fiza
 3rd kawen ialah Mot & Sya. Sya ni batch bwh kitorang tp sebaya. Happening la diorang ni. Sorang kurus, sorang berisi tapi bukan gemuk okeh. Maybe sbb yg lelaki tu kurus keding kot tu yang nmpk Sya berisi.hehehe..Ni pun baru kawen 17hb Jun ritu. Masih baru lagi. Aku pegi belah Sya, sbb belah Mot mungkin tak dpt pegi. Masa ni ramai gak member group yang aku jumpa, Ct, Bun, Pacak, Aizat, Zach. Yang kekadang dtg study ng kitorang ada jugak mcm Marsh, Awe, Mujib n etc...Gosip-gosip la kan sbb dah lama giler tak jumpa wehhh, dari start konvo lepas tu dah susah gile nak jumpa. So ada majlis kawen ni at least dptla merapatkan hubungan kitorang. Ada jugak yang dah tunang ------> Aku ng Zach je pun yg dah tunang. Yang lain ermmm entahler...hehehe

Ni Mot & Sya...so sweet!

Mengambil kesempatan utk kenangan, Ct, Mot, Sya, Aku..:)
Marsh, Ct, Bun, Pacak, Aizat, Aku...:)

Zach, Bun,Aizat,Pacak dalam karoake jamban..hehe

Yang tgh minum air tu Syahir, ni kawan masa diploma tapi rapat..
And CT!!!!My bff.
 Persoalan, WHO'S NEXT?????
Tapi semua dah tau dah pasni confirm giliran Pah ----> panggilan utk Hudzaifah..Dia keje kat private tak igt lak nama company tapi Oil&gas gak kot..

Ni dia bakal pengantin...

Masa ni Pah tgh praktikal kat Deutchland!!!

 Pastu tak tau la..hehehe...kemungkinan diorang ni kot!!...


.
..
...
....
.....
.....
.....
......
.......
........
.........
..........
...........
............
.............
................
.................
..................
................
..............
.............
............
..........
........
......
.....
....
...
..
.

Yeay!!!!It's US!!wee..ensem sayang saya ni..:)

Ni jalan-jalan kat Kota Keriangan..:)
Hehehe...Insyallah kalau takde aral melintang dan membujur, semua smooth je kami kawen la...Weeee, tak sabar!!:)..Love u sayang...

Oh, lupa lak lagi sorang...Zaha Adli dan Dangmerduwangi!!..Dah citer pasal diri sendiri lupa lak lagi sorang ni..hehehe..Zach tgh sambung nak jadi pilot, Dang pulak keje sebagai Finance Exec kat Petlin company under Petronas..

Here they are!!

Cantik dan hensem!Sama padan..:)
 Ok...Begitulah kronologinye..ada lagi, tapi malas la nak masukkan semua..hehehe...:)..Enjoice!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails